Friday, September 21, 2018

MEMAHAMI PEMBUATAN ASID SULFURIK



 ASID SULFURIK 

Asid sulfurik adalah asid mineral yang kuat. Daripada jenis asid diprotik yang berkebolehan menghasilkan 2 ion hidrogen, asid sulfurik mempunyai formula kimia  H2SO4.




Image result for asid sulfurik
Asid Sulfurik
 KEGUNAAN ASID SULFURIK

KEGUNAAN UTAMA: Penghasilan baja fosfat
  • Membuat polimer 
  • Elektrolit dalam akumulator asid-plumbum
  • Pigmen cat 
  • Sebagai agen penanggal oksida logam dalam pembersihan permukaan logam sebelum proses penyaduran logam 
  • Membuat detergen
  • Membuat baja
  • Membuat pestisid
PROSES PEMBUATAN ASID SULFURIK SECARA INDUSTRI 



Dikenali sebagai : Proses Sentuh  


PERINGKAT 1
·         Pembakaran serbuk sulfur dalam udara (gas oksigen) untuk menghasilkan gas sulfur dioksida.

   S(ce) + O2(g) à SO2(g)

PERINGKAT 2
·         Menghasilkan gas sulfur trioksida, SO3
·         Campuran gas sulfur dioksida,  SO2 dan udara dialirkan ke atas vanadium (V) oksida,V2O5
·         Vanadium (V) oksida, V2O5 adalah mangkin
·         Pada suhu 450-500°C dan di bawah tekanan satu atmosfera   
             2SO2(g) + O2(g) à 2SO3(g)



         PERINGKAT 3
·         Menghasilkan asid sulfurik,H2SO4
·         Gas sulfur trioksida SO3 dilarutkan dalam asid sulfurik pekat,  H2SO4 untuk membentuk oleum,H2SO4 untuk membentuk oleum, H2S2O7
·         SO3(g) + H2SO4(ce) à H2S2O7(ce)
·         Kemudian, air ditambah kepada oleum, H2S2O7 untuk mencairkannya untuk menghasilkan asid sulfurik,H2SO4
   H2S2O7(ce) + H2O(ce) à 2H2SO4(ce)





SULFUR DIOKSIDA MENYEBABKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR 


Punca
  • Pembakaran sulfur dalam Proses Sentuh
  • Pengekstrakan logam daripada bijih sulfida
  • Pembakaran bahan api fosil (petroleum,gas asli, arang batu)



Kesan
  • Penyakit peparu
  • Bronkitis
  • Batuk
  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Pembentukan hujan asid      

Cara Penyelesaian
  • Mengurangkan pembebasan gas sulfur dioksida ke atmosfera
  • Teknologi yang dapat menyingkirkan kandungan sulfur dalam bahan api fosil harus digalakkan


1 comment: