Saturday, September 22, 2018

MENILAI KEGUNAAN BAHAN KOMPOSIT

DEFINISI BAHAN KOMPOSIT

Bahan komposit ialah bahan baharu yang dihasilkan daripada campuran dua atau lebih bahan seperti logam,bukan logam,aloi,kaca,seramik,dan polimer.Bahan yang terhasil ini mempunyai sifat gabungan bahan asalnya.Pada umumnya,bahan komposit mempunyai sifat yang lebih baik daripada bahan asalnya.




CONTOH BAHAN KOMPOSIT DAN KOMPONENNYA 

Contoh bahan komposit:



  • Konkrit yang diperkukuhkan 
  • Superkonduktor
  • Gentian optik
  • Gentian kaca
  • Kaca fotokronik
   Bahan komposit
                Komponen
    Kaca fiber
 Kaca - keras tetapi rapuh
 Plastik - kenyal dan fleksibel
    Kaca fotokronik
 Kaca – lutsinar
 Bahan fotokronik – argentuk halida (eg. AgCl)
    Konkrit
 Simen – kuat tetapi rapuh
 Keluli – kekuatan tarik yang tinggi




KEGUNAAN BAHAN KOMPOSIT

Wajar.Kerana:

  • Kemajuan kini telah mendorong peningkatan dalam permintaan terhadap bahan komposit. Perkembangan bidang sains dan teknologi mulai menyulitkan bahan konvensional seperti logam untuk memenuhi keperluan aplikasi baru. Bidang angkasa lepas, perkapalan, automobile dan industri pengangkutan merupakan contoh aplikasi yang memerlukan bahan-bahan yang berdensiti rendah, tahan karat, kuat, kukuh dan tegar. Dalam kebanyakan bahan konvesional seperti keluli, walaupun kuat ianya mempunyai densiti yang tinggi dan rapuh.

No comments:

Post a Comment