MENGHUBUNGKAN SUSUNAN ATOM DALAM LOGAM DENGAN SIFAT KEMULURAN DAN KEBOLEHTEMPAAN LOGAM
■ Susunan atom di dalam logam
►Logam tulen biasanya mempunyai ketumpatan yang tinggi, takat lebur dan takat didih yang tinggi,konduktor haba dan elektrik yang baik,berkilat (berkilau), boleh ditempa dan mulur.
►Logam tulen terdiri daripada atom-atom yang sama jenis dan sama saiz.
►Dalam keadaan pepejal, atom-atom tersusun dengan rapat, padat dan teratur.
Susunan atom dalam logam tulen
► Susunan atom ini memberi logam tulen sifat kemuluran dan kebolehtempaan apabila daya dikenakan.
KEMULURAN LOGAM
kemuluran logam |
► Lapisan-lapisan atom ini mudah menggelongsor atas satu sama lain apabila dikenakan daya.Maka logam bersifat mulur dan boleh diregang.
KEBOLEHTEMPAAN LOGAM
►Terdapat letidaksempurnaan yang membenarkan kehadiran ruang kosong dalam susunan atom logam yang teratur. Apabila diketuk, atom-atom akan menggelongsor ke kedudukan baharu. Maka,logam boleh ditempa atau bentuknya dapat diubah.
■ Persamaan antara aloi dengan logam tulen.
► Kedua-duanya adalah konduktor haba dan elektrik yang baik.
■ Perbezaan antara aloi dengan logam tulen.
Perbezaan
|
Aloi
|
Logam tulen
|
Rupa bentuk
|
Mempunyai permukaan yang sangat berkilat
|
Mempunyai permukaan yang berkilat
|
Ketertempaan
|
Tidak boleh ditempa
|
Boleh ditempa
|
Kemuluran
|
Tidak mulur
|
Mulur
|
Kekerasan
|
Keras
|
Lembut
|
Kekuatan
|
Kuat
|
Lemah
|
Ketahanan terhadap kakisan
|
Ya
|
Tidak
|
DEFINISI ALOI
- Aloi adalah campuran dua atau lebih logam (seperti gangsa atau loyang) atau logam dengan sedikit bukan logam (seperti keluli).
TUJUAN PENGALOIAN
► Proses pencampuran atom asing ke dalam logam tulen.
► Apabila bendasing (atom asing) ditambahkan kepada logam tulen, sifat logam tulen akan berubah.
► Utuk memperbaiki kelemahan dan struktur logam tulen.
■ Pengaloian mengubah sifat sesuatu logam.
► Menambah kekerasan logam
◉ Aluminium ditambah dengan magnesium dalam komposisi dalam komposisi yang sesuai untuk menghasilkan aloi yang bersifat keras dan ringan.
► Mencegah kakisan
◉ Kromium dan nikel ditambah dalam ke dalam besi dengan kuantiti yang kecil untuk menghasilkan keluli nirkarat yang tahan karat.
► Membaiki rupa bentuk logam
◉ Kuprum ditambah dengan zink dalam amaun yang kecil, aloi loyang yang mempunyai permukaan yang berkilat, akan terhasil.
CONTOH CONTOH ALOI DAN KOMPOSISI,SIFAT SERTA KEGUNAANNYA
Contoh
|
Komposisi dan Sifat
| Kegunaan |
Keluli
|
Besi 99.9%
Karbon 0% Keras dan kuat |
Membina rumah, jambatan,mesin, kenderaan dan sebagainya
|
Pinter
|
Timah 97%
Antimoni dan kuprum 3% Permukaan yang berkilat Tahan hakisan |
Membuat barangan perhiasan seperti bingkai gambar
|
Gangsa
|
Kuprum 88%
Timah 12%
Keras
Tidak berkarat
|
Membuat duit syiling, pisau dan sebagainya.
|
Loyang
|
Kuprum 75%
Zink 25%
Kuat
Permukaan berkilat
Mudah ditempa
|
Membuat kunci, alatan muzik dan sebagainya.
|
Duralamin
|
Aluminium 95%
Kuprum 3%
Magnesium 1%
Mangan 1%
Ringan
Kuat
Tahan hakisan
|
Membuat badan kenderaan seperti bas, kapal terbang, kereta api dan sebagainya
|
MENGHUBUNGKAN SUSUNAN ATOM DALAM ALOI DENGAN SIFAT KEKUATAN DAN KEKERASANNYA, MENGHUBUNGKAN SIFAT ALOI DENGAN KEGUNAANNYA
SUSUNAN ATOM DALAM ALOI
- Kehadiran atom asing yang berlainan saiz mengganggu susunan atom logam tulen yang teratur. Hal ini menyukarkan penggelongsoran lapisan atom logam tulen jika daya dikenakan. Maka,aloi lebih kuat dan lebih keras daripada logam tulennya.
MENAMBAH KEKUATAN DAN KEKERASAN LOGAM TULEN
- Logam tulen lebih lembut daripada aloi.
- Atom asing mengganggu susunan atom logam tulen yang teratur.Hal ini menyukarkan penggelongsoran lapisan atom logam tulen jika daya dikenakan.
- Sebagai contoh, atom karbon dalam aloi keluli mengganggu susunan atom besi yang teratur.Hal ini menyukarkan penggelongsoran lapisan atom besi jika daya dikenakan.
SIFAT ALOI DENGAN KEGUNAANNYA
Casino Roll.com Review 2021 | $4000 Bonus + 150 FS
ReplyDeleteRead our casino review for details 포천 출장마사지 on how 거제 출장마사지 to get $4000 in bonus 익산 출장샵 offers and more. Read 남양주 출장안마 our 라이브스코어 review! ✓$4000 Casino Roll.com Bonus Code & Review.